Selamat Datang ke Prasekolah 1Bawan, SK ULu Bawan, Kanowit ,Sarawak

VISI PRASEKOLAH
1Bawan Pencetus Kecemerlangan Modal Insan

RIANG-RIA PRASEKOLAHKU


Kenali Prasekolah SK Ulu Bawan , Kanowit



Prasekolah Ulu Bawan terletak di Jalan Nibong-Tada Kanowit di Bahagian Sibu, Sarawak. Prasekolah Ulu Bawan dibina pada tahun 2002 dan ia beroperasi pada tahun 2003 ( perluasan 2003 ). Bangunan Prasekolah ini terletak di atas bukit dan ia berasingan dengan blok sekolah aliran perdana. Sebelum beroperasi sepenuhnya di bangunan Prasekolah, kelas Prasekolah pertama ialah di bangunan makmal Sains sekolah( sekarang dikenali sebagai Kelas Maju ) - Gambar di sebelah adalah pandangan tepi kelas Prasekolah-.




Kenangan Terindah Prasekolah 1Bawan
Walaupun sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar tetapi dari segi akademik dan sukan, Prasekolah 1Bawan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kecemerlangan sekolah . Berikut merupakan kejayaan yang dikecapi oleh Prasekolah 1Bawan.

Tahun 2004 adalah tahun yang sangat bermakna untuk Prasekolah 1Bawan kerana telah mendapat Johan dalam Program Sukan dan Motivasi Peringkat Bahagian Sibu.
Terdapat 10 acara iaitu 5 untuk kategori sukan dan 5 lagi untuk Akademik.
( Buat anak-anakku...tahun 2010 ini, kalian akan menduduki UPSR..berusahalah seperti mana kalian berusaha dalam Karnival Prasekolah pada 2004...)

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu, sekali lagi pada tahun 2007, Prasekolah 1Bawan mengungguli Karnival Prasekolah Daerah Kanowit dengan mendapat 3 Johan dalam 5 acara yang disertai..tahniah buat anakku...
( Tahun 2010 ini, kalian berada di Tahun 3, rajin-rajinlah belajar, kekalkan kecemerlangan kalian sepertimana kalian mengungguli Karnival Pra 2007 lepas...)


Senarai Guru Besar Prasekolah
1. En Paulus Vitus kendawang ( 2003 - 2008 )
2. En Pantaleon nanta Thomas ( 2009 - Jun 2009 )
3. En Peter Tingom ( Jun 2009 - sekarang )


Program Prasekolah 1Bawan sepanjang 2010
1. Program 6 bulan mengenal huruf/sukukata. - sedang dijalankan
2. Program 6 bulan mengenal nombor. - sedang dijalankan
3. Program Senyuman Menawan 1Bawan. - sudah dijalankan
4. Program " Fire Drill " 3 bulan sekali. - sudah dijalankan
5. Program "Rakan Karib" - sepanjang 10 minit terakhir sesi kelas
6. Program Kecemerlangan Kanak-kanak. - sepanjang masa
7. Program Kecemerlangan PPM PRA.
8. Program Sambutan Hari Jadi Kanak-kanak.


Senarai PPM Prasekolah ( 2003 hingga sekarang )

Seramai 4 orang PPM Prasekolah telah menyumbangkan bakti dengan Prasekolah ini. Antaranya ialah :
1. Pn Regina Adang - merupakan PPM Pra yang pertama berkhidmat dan merupakan orang penting dalam mengemaskini Prasekolah semasa ia mula beroperasi pada tahun 2003. Beliau berkhidmat selama 5 bulan kerana mendapat tawaran sebagai PAR di SMK SEDAYA Kanowit.

2. Pn Muntai Liut menggantikan Pn Regina sebagai PPM Pra secara kontrak. Merupakan seorang ibu dan berusia dalam lingkungan 40-an. Seorang yang sangat penyayang dan bertanggngjawab dalam menjaga kebajikan kanak-kanak Prasekolah. Tempoh perkhidmatan beliau adalah selama 2 tahun iaitu berakhir pada tahun 2005.

3. Cik Nancy Kendawang , seorang gadis remaja lepasan SPM/STPM dan berasal dari Sg Bawan, Kanowit. Tempoh perkhidmatan beliau hanya 3 bulan sahaja sebagai PPM Kontrak.

4. Cik Geraldine Jimmy menggantikan Cik Nancy pada bulan Mac 2006 dan merupakan PPM Pra tetap dan berpencen. Berusia dalam lingkungan 20-an. Seorang yang aktif dalam ilmu mempertahankan diri, mempunyai kepakaran dalam bidang elektrik dan seorang lulusan politeknik,Kuching,sarawak.Andai ada apa-apa yang mengganggu-gugat keharmonian kanak-kanak Prasekolahku,langkah mayat PPMku ini dulu...







Foto Aktiviti Prasekolah 1Bawan... Sukanya dia!




Program Senyuman Menawan 1Bawan



Program Rakan Karib - mengajar nombor




Program 3K - Kanak-kanak Prasekolah didedahkan dengan cara memadam api.Tumpang sekaki untuk diambil gambar...Kanak-kanak katakan...


KURSUS SMPK

07/05/2010 - bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Kanowit telah diadakan satu kursus "SMPK. " Seronok menghadiri kursus kerana bertemu dengan geng-geng Prasekolah dari daerah Kanowit. Inilah masanya untuk berborak tentang keadaan Prasekolah masing-masing. Pelbagai cerita...ingatkan Prasekolah 1Bawan sahaja menghadapi masalah namun ada juga Prasekolah yang senasib...nasiblah LABU...Permohonan kerusi tidak diluluskan oleh pihak PPD tetapi menurut pegawai meja Prasekolah Kanowit, beliau akan membawa isu ini untuk perhatian Pegawai Pelajaran sendiri...Kesian dengan kanak-kanak terpaksa duduk di kerusi yang tidak sesuai...pertimbangkanlah wahai pihak pejabat tentang permohonan ini...



Program Anjuran PPDK - Penyelaras Prasekolah
1. Menyediakan kertas latihan untuk BM dan Nombor serta dimajukan kepada pihak pejabat pada setiap akhir bulan.

2. Program Khas setiap Prasekolah - Prasekolah Ulu Bawan telah menghantar program "Rakan-Karib" sebagai program khas ke pejabat.



Aktiviti terkini ( Julai 2010 )
1. Membuat papan tanda untuk setiap zon di luar kelas :
( zon sosial, zon bising, zon perkhidmatan, zon pasir/air , zon bahaya )

2. Menghias kelas dengan bahan bantu mengajar sepanjang tahun.

Kekangan Pengurusan Prasekolah
1. ketiadaan kerusi yang mencukupi untuk kanak-kanak. Permohonan sudah dimajukan tetapi jawapan sangat mendukacitakan...

2. kekurangan cat untuk mengecat tong ajaib luar kelas...


Aktiviti sepanjang bulan Ogos

1. Pemantauan oleh pegawai meja Prasekolah daerah Kanowit - hasil pemantauan baik cuma beberapa item perlu dikemaskinikan...

2. mengikuti lawatan muhhibah ke SK Ng Balingiau ( prasekolah ), SK Ng Tada ( Prasekolah ) dan terakhir sekali ke Prasekolah Bawan.

3. Menyertai aktiviti membuat puppet sempena konvenssyen Prasekolah 2010.

4. Sambutan Hari Merdeka Peringkat Sekolah 2010 bertenpat di padang sekolah...Team Prasekolah telah menyertai sukaneka namun gagal memenangi sebarang acara...kesian ngan budak-budak prasekolah kalah dek pelajar tahap 1.


Program Peningkatan Membaca di kalangan kanak-kanak Prasekolah

1. Membaca kad sukukata setiap pagi.
2.Kanak-kanak dibekalkan dengan kad bacaan setiap hari ke rumah.
3.Mengeja perkataan ( KVKV/KVKVK ) setiap hari.